Inspiration

Inspiration

Thursday 26 December 2013

Konvokesyen OUM ke 13

السلام عليكم
.الحمد لله رب العالمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد
في هذا صباح مبارك وهو سيد اﻷيام أشكر الله على نعمه الغزيرة و ﻻأستطيع أن   .........................
أقصاها ربي مهما كانت أدرك أم ﻻ 
أود أن أطلعكم عن يوم تخرجي من الجامعة المفتوحة في ماليزيا. ذلك المجلس قد توقع في 14 ديسمبر 2013 هذا الحدث التاريخي قد احتفلت مع أسرتي الحبيبة في مركز فوترا التجارة العالمية بكواﻻ لومفر.
رجاء من الله سبحانه وتعالى أن تكون هذه الحادثة مباركة عنده وانطﻻقا منها ستعطيني  الفرصة الذهبية القيمة المختلفة ليخطو المستوى العليا في المجال العلمي خصوصا  العلوم التربوية العربية.....امين

Tuesday 3 December 2013

Disember oh Disember...

Walimatul Urus sepupu di Kampung Jerejak Padang Lebar Batu Kikir @1 Disember.
Tidak kira dalam suasana apa sekali pun...budak2 la yang paling ceria.
 Siti Haida dan Mohd Hafiz...

Dari Nibong Tebal sang suami datang
Meredah hujan renyai renyai
Resah di hati beransur  hilang
Melihat cinta di jari berinai.....




 Mama sempat posing sebab baby Durrah lena tidur.

Mesyuarat Penyelarasan
Peperiksaan Kemasukan KAA 2014
Bertugas Koperasi Sekolah
Kelengkapan Sekolah anak-anak
Mesyuarat Guru Pertama
Pendaftaran sekolah
Pengasuh baby Durrah

Senarai semak yang tiada penghujungnya.

إلى اللقاء November

السلام عليكم
 Bulan ini merupakan penutup atau pun permulaan fatrah bekerja bagi diriku. Masa kan tidak semua perlu dibereskan mengikut dateline yang telah ditetapkan. (Mide : dah lsma bercuti). Dalam masa yang sama tanggungjawab kepada anak-anak wajib dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Aku teramat sedar yang diri ini sangat tegas mendidik mereka....tapi jauh di lubuk hati.....seorang mama niatkan yang terbaik buat mereka a.k.a qurratul uyuni. Minggu lepas kami berkesempatan bercuti di BAYOU LAGOON PARK RESORT di Melaka.  الحمد لله. Puas hati juga walau terdapat gangguan kecil dari mutiara kecil a.k.a Durrah AlHusna ...meragam sebab mama nya masih nak berjaulah di Banda Hilir. Cuaca pada awalnya cerah dan mula renyai2 tatkala masuknya waktu solat asar. Pada malamnya pula hujan lebat. Apapun kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan bercuti bersama anak2 serta bonda dan adinda "chietah ghaza".
       Makan malam di Medan Ikan Bakar di Crystal Bay Semabok. Meriah sebab ramai pelanggan dan boleh tahan masakannya. Tapi masa lalu di belakang kedai ternampak pemandangan yang kurang indah mungkin pekedai sibuk menyediakan order dari pelanggan tak sempat nak bersihkan premis mereka. Kurang hygiene. Hidang pelanggan dengan pinggan retak. الحمد لله tiada antara kami yang alergi cuma Ahmad Shatir. .cirit birit ringan.
        Petang sebelum bertolak ke Seremban anak2 naik Menara Taming Sari...kalau nak dikira dah 3 kali diaorang naik...layan je la.
Tak dapat tangkap gambar sebab hujan. Gambar ni ihsan dari mr Google.

Malam sebelum masuk highway Plus singgah dulu Hypermarket Mydin. Sedikit info Premis Mydin ini secara rasmi dibuka pada 10 April  2009 dan terletak di tengah-tengah kawasan Mitc Melaka yang mana hampir menyerupai mini Putrajaya (mitc).

Memenuhi permintaan anak2 beli kasut sekolah dan dalam masa yang sama si Durrah meragam lagi...rupanya melecet ruam lampin sebab guna wet tissue untuk istinjak. Hai nak kena cari tandas juga...kot ada ok kalau tiada terpaksa guna wet tissue juga.

    Menunggu check out di Amari Lobby.

 Budak kiting aka Najwa...dah berani masuk dalam air.
 Tu dia mak njang aka chietah ghaza bersama anak2 buahnya.
 Water theme park di Bayou Lagoon. Tidak la sebesar Prima Inland Park aka Tiara Beach Resort di PD.  Iya la tiket masuk pun murah RM10...Mudah nak awasi anak2 main dalam air.
 Suasana hiasan dalaman apartment 3 bilik. Sangat selesa mungkin sebab tempat baru dan belum tercemar.

Gambar bawah En Suami aka Zaher Ibrahim bersama ibnatun Iman dan Najwa. (Sila abaikan budak yg di belakang tu)