Inspiration

Inspiration

Tuesday 26 November 2013

Awlad Gathering

السلام عليكم
Bila tiba musim cuti tak kira cuti hujung minggu ... cuti umum...lebih2 lagi cuti sekolah akhir tahun seperti sekarang ini..riuh rendah ruman Bonda Faizah di 9361 Taman Guru Melayu dengan telatah awlad yang berkumpul di sana. Ditambah lagi dengan adikberadik perempuan yang ramai.








Rehlah Saiedah bersama anak2 bonda Faizah dan adinda Nasyitah

السلام عليكم
 Hari ini 27 November 2013 kami akan bercuti di Bayou Lagoon Park Resort Malacca.
Anak2 la yang paling teruja dan gembira. Zaman sekarang pelbagai cara untuk menempah @ booking penginapan bercuti. Mr Google banyak membantu dan pengguna perlu bijak membanding beza harga yang ditawarkan oleh penaja. Mula2 hubungi terus pihak resort dapat sebut harga. Check pula dengan laman web dapat satu lagi harga. Pengalaman menggunakan booking.com digunakan dapat satu lagi harga. Semak juga dengan Agoda.com dapat lagi satu harga. Setelah perbandingan akhir dilakukan ternyata tawaran daripada Agoda.com adalah lebih rendah. Maka button proceed the booking ditekan dan tempahan menggunakan debit card memudahkan urusan kali ini. Insyallah 2 jam dari sekarang kami akan bertolak dan kita tengok nanti bagaimana pula perkhidmatan pihak resort kepada pelanggan baru seperti kami.

Friday 22 November 2013

orang lain masak kita pun nak masak

السلام عليكم
Bestnya tengok orang berjaya menghasilkan masakan sendiri. Ini bukan masakan yang wajib untuk sarapsn ke makantengahari etc. ..tapi lebih kepada masakan isi masa lapang...plus isi perut. Maka en Google menjadi rujukan..resepi roti mudah. Harap tuan punya halalkan semoga dapat keberkatan dari Allah. Link ada di bawah.. ;)

Roti lembut gebu

Bahan:

500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 
- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
- jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
- setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering.
- Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
- jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula

http://sweetmama-dapurkecil.blogspot.com/2013/01/roti-lembut-gebu.html?m=1
Alhamdulillah setelah 2 kali percubaan berjaya menghasilkan roti yang gebu. Pertama kali buat macam donut rasa agak padat tapi tetao mengenyangkan. Ok..lepas ni nak cuba resepi lain pula...semoga diberi kesempatan amiinn ya Rabb.




cerita awladku

السلام عليكم
Di sini kumulaberkarya kunamakan blog yang bakal mencungkil bakat yang kian lama terpendam. Awalawal ini ketandusan idea...tapi mungkin boleh dimulakan dari cerita anakanak.  Cuti sekolah adalah pengakhiran kerja keras anakanak di alam persekolahan mereka. Begitu juga para ibumamaumimummy dan apa saja panggilan kepada golongan ini. Bagi aku ini masa untuk muhasabah segala usaha "in making" 2 orang alkhotibs

dan 2 orang alhusnas

. Pada 28 sept jam 3.40a.m. lahir pula seorang lagi alhusna..
maka bertambahlah tanggungjawab in making 3 orang alhusnas. Semua perkara aku fikirkan kembali..tilik..buat kajian minda...berjayakah strategi dalam nendidik mereka.  Namun masih banyak kelemahan dan kekurangan terpaksa diperbaiki dan diubah. Ya Allah ampunkan diri yang hina ini kerana lalai melaksanakan tanggungjawab ini.